Hari ini Intan terpanggil untuk menulis tentang sikap kita orang melayu sebab terlalu banyak isu sensitif yang dipaparkan dalam media massa dan arus politik yang tidak henti menyalahkan satu sama lain sedangkan kita semakin hilang nilai kemanusiaan.
Baru-baru ini, semasa bersembang dengan seorang rakan, beliau bertanya kepada saya tentang tempat simpan duit terbaik untuk beliau menyimpan duit tabungan beliau. Rakan saya itu hanya menyimpan duitnya di dalam akaun simpanan bank sahaja, jadi beliau bercadang untuk mencari tempat yang lebih baik untuk beliau. Di samping itu, saya juga dapati ramai yang bertandang ke blog ini dengan persoalan yang sama, “Di mana tempat simpan duit terbaik?” Malah, ada juga yang sering membandingkan antara Tabung Haji vs ASB (Amanah Saham Bumiputera), mungkin kerana kedua-dua tempat ini merupakan tempat simpan duit yang menjadi pilihan kebanyakan orang. Baiklah, dalam artikel kali ini, saya akan tulis berkenaan hal-hal di atas. Di mana tempat simpan duit terbaik?
Secara prinsipnya, tempat simpan duit yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri yang berikut: Ciri #1 – Selamat Duit haruslah disimpan di tempat yang selamat daripada mudah dicuri orang. Contohnya kalau simpan di rumah di bawah bantal atau di dalam almari sahaja, sudah tentu kurang selamat kerana sesiapa sahaja boleh terjumpa dan ambil duit tersebut. Jadi, kenalah cari tempat simpan duit yang dijaga keselamatannya supaya kita dapat tidur lena tanpa perlu runsing memikirkan kemungkinan duit dicuri orang dengan mudah, Ciri #2 – Modal terjamin Tempat simpan duit terbaik haruslah memastikan modal yang disimpan adalah terjaga atau semakin bertambah, bukan semakin berkurangan. Tiada risiko rugi. Maksudnya, duit RM 10,000 yang disimpan hari ini, haruslah kekal dalam jumlah yang sama atau semakin bertambah walaupun selepas bertahun-tahun, dan bukan pula semakin berkurangan jumlahnya.
Ciri #3 – Mudah untuk transaksi Sangat penting untuk memastikan tempat simpan duit yang dipilih mempunyai kemudahan transaksi yang baik; mudah untuk duit masuk, dan mudah juga untuk duit dikeluarkan. Mudah untuk dikeluarkan bukanlah bermaksud mudah bocor dan digunakan untuk perbelanjaan yang tak perlu; ini bukan ciri tabung simpanan yang baik.
Tetapi, maksudnya adalah mudah dicairkan apabila diperlukan terutama apabila berdepan situasi-situasi kecemasan. Ciri #4 – Kalis inflasi Nilai duit RM 1 pada 10 tahun dulu tidak sama nilainya dengan RM 1 sekarang, dan nilai RM 1 sekarang tidak akan sama nilainya dengan RM 1 pada 10 tahun akan datang.
Ini adalah disebabkan oleh inflasi, yang mana akan menyebabkan penyusutan nilai duit. Berapa kadar inflasi di Malaysia?
Mengikut carta di atas, kadar paling tinggi pernah dicatatkan adalah sekitar 8% pada sekitar tahun 2009 dulu, tetapi jika dilihat pada tahun-tahun terdekat, kadar inflasi Malaysia berlegar-legar sekitar 2% ke 5% Oleh itu, adalah satu perkara yang baik jika sesuatu tempat simpan duit dapat mengurangkan penyusutan nilai duit akibat inflasi, dan ini dapat dicapai jika pulangan yang diberikan adalah melebihi kadar inflasi. Ciri #5 – Kos rendah Tempat simpan duit terbaik seharusnya berkos rendah atau pun lebih baik lagi jika tiada kos. Maksudnya, tiada yuran pentadbiran, caj tersembunyi atau pun apa-apa sahaja kos yang akan dikenakan ke atas duit yang disimpan. Jadi sekarang, selepas dah tahu ciri-ciri tempat simpan duit terbaik, timbul pula soalan lain, di manakah tempat simpan duit yang memenuhi ciri-ciri di atas. Jawapanya, mestilah ada.
Pilihan pertama, boleh sahaja simpan duit di dalam akaun simpanan atau semasa bank kerana sudah pun memenuhi hampir semua ciri di atas. Kelemahannya, pulangan yang diberikan oleh akaun simpanan atau semasa mungkin tidak dapat mengatasi kadar inflasi, iaitu sekitar 1-2% sahaja setahun. Akibatnya, duit yang disimpan walaupun masih kekal jumlahnya, tetapi nilainya susut akibat inflasi. Pilihan kedua, boleh simpan duit dalam akaun simpanan tetap (fixed deposit). Banyak bank yang menawarkan produk fixed deposit, ada yang konvensional, ada yang Islamik.
Kebiasaannya, pulangan yang ditawarkan adalah sekitar 3-4% setahun, lebih baik berbanding kadar pulangan yang diberikan kepada akaun simpanan dan semasa. Malah, pulangan itu juga boleh mengatasi kadar inflasi, maka penyusutan nilai duit adalah kurang.
Tetapi, kelemahan fixed deposit adalah kena tunggu tempoh matang untuk dapatkan pulangan yang dijanjikan. Jadi, dalam menunggu tempoh matang tersebut, duit yang disimpan tidak boleh dicairkan jika diperlukan. Selain kedua-dua pilihan di atas, kita di Malaysia, terutamanya orang Islam dan bumiputera, sangat bertuah kerana ada dua instrumen yang memenuhi ciri-ciri tempat simpan duit terbaik, iaitu akaun simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tabung Haji vs ASB: Yang mana lebih baik? Seperti yang saya katakan di atas, Tabung Haji dan ASB merupakan dua instrumen terbaik untuk dijadikan tempat simpan duit.
Kedua-duanya memenuhi semua kriteria yang dinyatakan di atas. Duit disimpan dengan selamat, modal adalah dijamin, tiada risiko rugi, transaksi masuk-keluar duit mudah dilakukan sama ada secara offline di banyak tempat dan online, dan tiada kos dikenakan apabila menyimpan di Tabung Haji atau ASB. Malah, pulangan yang diberikan kedua-dua instrumen setakat ini adalah lebih baik berbanding kadar inflasi. Sebab itulah apabila ada orang yang bertanyakan saya di mana tempat yang baik untuk simpan duit, saya akan cadangkan kedua-dua instrumen ini. Tetapi, ada juga yang membandingkan antara kedua-duanya; Tabung Haji vs ASB, yang mana lebih baik?
Sebenarnya, agak tidak adil untuk membandingkan antara kedua-duanya, kerana masing-masing mempunyai asas dan objektif yang berlainan. Objektif utama Tabung Haji dibina adalah sebagai tabung simpanan untuk memudahkan rakyat Malaysia beragama Islam mengumpul duit dan menunaikan ibadat Haji.
ASB pula sebenarnya adalah instrumen pelaburan; ASB adalah yang mana objektif utamanya adalah meningkatkan pegangan ekonomi dan ekuiti golongan Bumiputera. Tetapi, oleh kerana ASB memenuhi ciri-ciri tempat simpan duit terbaik, maka instrumen ini lebih dianggap sebagai instrumen simpanan berbanding pelaburan. Kebiasaannya, orang ramai suka membandingkan Tabung Haji dan ASB dari segi hukumnya, bayaran zakat dan juga pulangan. Tabung Haji vs ASB: Hukum Hukum simpanan di Tabung Haji adalah harus dan patuh-syariah.
Tabung Haji mempunyai panel penasihat syariah dan pelaburannya juga dalam pelaburan patuh-syariah sahaja, jadi penyimpan tak perlu ragu-ragu tentang status patuh-syariah Tabung Haji. Berbeza pula dengan ASB, hukum simpanan di ASB masih lagi menimbulkan polemik sehingga kini kerana umum memang mengetahui yang ASB masih melabur dalam pelaburan yang bercampur-campur patuh-syariah dan tidak patuh syariah. Suruhanjaya Sekuriti (Security Commisioner, SC) masih melabelkan ASB sebagai instrumen tidak patuh-syariah kerana peratus pelaburan ASB dalam pelaburan tidak patuh-syariah melebihi had yang ditetapkan oleh SC Majlis Fatwa Kebangsaan pula menyatakan simpanan, dividen dan bonus ASB adalah harus kerana mengambil kira kemaslahatan umum. Ada juga Majlis-majlis Fatwa Negeri yang sependapat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan seperti Johor, Perak dan Sarawak.
Malah, (sebelum ini meletakkan hukum ASB adalah haram) Ada juga Majlis-majlis Fatwa Negeri menetapkan hukum ASB adalah haram seperti Pulau Pinang dengan hujah-hujah yang mereka nyatakan. Sebagai orang awam, terpulang nak ikut pendapat yang mana. Yang penting, teliti hujah setiap pihak berwajib yang mengeluarkan hukum ASB dan buat pilihan mengikut iman dan pengetahuan sendiri. Kalau ada yang berbeza pendapat, hormatilah pandangan dan pilihan mereka. Tabung Haji vs ASB: Bayaran zakat Urusan pembayaran zakat bagi simpanan dalam Tabung Haji adalah diuruskan oleh pihak Tabung Haji sendiri, jadi penyimpan tidak perlulah mengeluarkan bayaran zakat lagi. Berbeza dengan ASB, bayaran hendaklah dikeluarkan oleh penyimpan sendiri mengikut kadar yang ditetapkan setelah cukup haul (tempoh) dan nisab (jumlah minimum) Tabung Haji vs ASB: Agihan pendapatan/pulangan Haa, yang inilah yang orang ramai selalu pentingkan apabila membandingkan antara Tabung Haji dan ASB.
Sebenarnya, ada beza dari segi konsep agihan pendapatan bagi Tabung Haji dan ASB. Simpanan di Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Wadia’ah Yad Dhamanah, di mana penyimpan memberikan duit kepada Tabung Haji untuk disimpan, dan Tabung Haji adalah bertanggungjawab untuk menjaga duit tersebut. Penyimpan juga memberi kebenaran kepada Tabung Haji untuk menggunakan duit tersebut sama ada untuk pelaburan, perniagaan atau sebagainya, dan hasil keuntungan (jika ada) adalah hak milik Tabung Haji. Maka, adalah menjadi hak Tabung Haji sama ada untuk mengagihkan keuntungan tersebut kepada penyimpan atau tidak. Namun begitu, setiap tahun, Tabung Haji sentiasa mengagihkan keuntungan tersebut dalam bentuk hibah dan bonus.
![Asb Asb](http://perjalananku.com/wp-content/uploads/2015/12/asdasdasdasgrtrtrt.png)
Berikut merupakan agihan pendapatan (bonus) yang diberikan Tabung Haji bagi tahun 2011-2016: Seperti yang saya nyatakan di awal tadi, ASB adalah instrumen pelaburan unit amanah, maka konsep simpanan dan agihan pendapatannya adalah berbeza dengan Tabung Haji. Penyimpan di ASB adalah pelabur, ASNB adalah pengurus dana ASB manakala Amanah Raya adalah pemegang amanah. Oleh kerana asas ASB adalah instumen pelaburan, maka ASNB sebagai pengurus dana adalah bertanggungjawab untuk menguruskan duit pelabur dengan baik mengikut objektif dana supaya dapat menjana keuntungan dan mengagihkan pendapatan kepada pelabur. Berikut merupakan agihan pendapatan (dividen) ASB bagi tahun 2011-2016: Dapat dilihat bahawa agihan pendapatan yang diberikan oleh ASB adalah lebih tinggi berbanding Tabung Haji. Tetapi, harus diingat, pulangan Tabung Haji adalah pulangan bersih manakala pulangan ASB masih belum ditolak zakat simpanan. Baru-baru ini, ada berkongsi simulasi perbandingan antara Tabung Haji dan ASB dengan mengambil kira agihan pendapatan dan zakat simpanan. Berikut merupakan simulasi yang ditunjukkan oleh beliau: Mengikut simulasi ini, dengan mengambil kira agihan pendapatan selama 5 tahun dari tahun 2012 hingga 2016, dengan jumlah simpanan awal yang sama, simpanan di Tabung Haji memberikan pulangan lebih tinggi berbanding ASB.
Kesimpulan Kesimpulan akhir, jika ada yang tanya saya di mana mereka patut simpan duit, saya akan sarankan sama ada Tabung Haji atau ASB, atau kedua-duanya. Rugi jika tidak memanfaatkan kedua-dua instrumen yang ada ini; kedua-duanya merupakan tempat simpan duit terbaik. Walaupun dalam simulasi di atas ditunjukkan bahawa pulangan Tabung Haji adalah lebih baik berbanding ASB, tetapi kita tidak dapat meramal masa hadapan. Mungkin pada masa hadapan pulangan ASB akan jauh mengatasi Tabung Haji, mungkin juga sebaliknya. Jadi, janganlah mengambil kira aspek agihan pendapatan sahaja untuk menentukan mana yang lebih baik antara Tabung Haji vs ASB, sebaliknya lihat juga aspek-aspek lain. Buatlah pilihan yang paling sesuai dengan objektif simpanan kita. Itu sahaja untuk kali ini, semoga bermanfaat.
Jangan lupa kongsikan artikel ini, ya!. Artikel Popular. Ada yang masih belum daftar portal MyASNB? Kalau anda salah seorang yang masih belum daftar portal ini, digalakkan untuk daftar secepat. Dalam artikel sebelum ini, saya hanya memberikan penerangan umum.
Oleh kerana ada permintaan daripada pembaca blog ini untuk saya menulis tentang cara pengiraan dividen ASB 2017 termasuk bonus dan. Walaupun telah banyak penerangan berkenaan teknik-teknik loan ASB telah diberikan sama ada di blog ini, blog-blog lain atau menerusi tokoh-tokoh. Bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli rumah pertama mereka. Maklumlah, bukan selalu.
Baru-baru ini, buat pertama kali, saya berpeluang untuk renew road tax dan insurans kereta secara online melalui laman web MyEG. Baru-baru ini, semasa bersembang dengan seorang rakan, beliau bertanya kepada saya tentang tempat simpan duit terbaik untuk beliau menyimpan duit.
Saya rasa dah lama tidak menulis tentang topik berkaitan pewarisan harta (wealth distribution), jadi untuk artikel kali ini saya nak. Menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh adalah langkah penting dalam. Menyimpan duit menuntut disiplin dan komitmen yang. Perkongsian kali ini masih lagi tentang Amanah Simpanan Bumiputera (ASB), lebih spesifik lagi tentang zakat simpanan ASB. Ada yang tanya, perlu.
Ok ni aku nak cerita pengalaman dan cara mengubati bedsores. Mungkin ada yang pernah dengar, pernah alami, pernah tengok. Macam kes aku, first time dengar dan tengok bedsore ni.
Bedsore ini secara ringkas luka pada kulit badan. Luka ini terjadi sekiranya kulit badan ini mengalami tekanan yang lama seperti baring terlalu lama yang akan menyebabkan luka ini akan terjadi. Sebagai contoh, jika ada pesakit yang baring terlalu lama di hospital tanpa ada pergerakan badan mengereng dan sebagainya, luka ini akan terjadi dan boleh membesar sehingga membawa MAUT!! Jadi luka ini sangat2 serius dan perlu penjagaan yang teliti sangat2. Dan kena banyak SABAR!!
Bagaimana nak mengubati bedsore? Bagaimana penjagaan bedsore? Bagaimana nak jaga bedsore? Nak kena beli ubat apa? Ubat apa yang di pakai? Tips penjagaan bedsore? Sini saya kongsikan dari pengalaman saya dan orang lain.
Pada waktu tersebut kami sekeluarga tidak tahu akan penyakit bedsore ni. Saya tak pasti samada ibu saya ada di nasihatkan oleh doktor dan nurse di sana tentang sakit luka bedsore ini di sebabkan adik saya tidak dapat di gerakkan di sebabkan kemalangan tersebut. Selepas sebulan lebih adik saya di ICU dan di pindahkan ke wad biasa, baru kami tahu dan tengok sendiri luka bedsore adik saya yang teruk. Kami pun blur dan terfikir kenapa boleh jadi begitu. Bagi kami, pihak hospital sepatutnya yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun mengubat pesakit perlu mengambil tindakan awal dari mula lagi adik saya masuk ICU tersebut. Jadi kepada pembaca di luar sana, tindakan pertama jika ada menjaga pesakit yang terlantar terlalu lama, kena amik perhatian yang amat serius tentang bedsore nie.
Elok kita bertindak sebelum berubat. Kos ubat-ubat tu memang banyak dan kadang2 ada juga ubat yang sukar nak di dapati di farmasi biasa. Adik saya pun kami akan mengerengkan dia 45darjah setiap satu ke dua jam supaya mengurangkan bagi tekanan pada luka bedsore dia. Kalau dia tak mengereng kami akan letakkan bantal bentuk U (seperti bantal tidur letak kat leher tu) di bawah luka tersebut supaya tidak beri impak tekanan yang lama.
Kadang-kadang kami meniarapkan adik saya. Jadi yang penting, jangan bagi terlalu lama bahagian luka tu dengan tekanan waktu baring. Sewaktu awal-awal suami saya sakit dahulu, doktor dan jururawat beberapa kali mengingatkan saya tentang hal ini. Kata doktor, jagaan yang baik sangat penting supaya pesakit tidak terkena 'bedsore'. Jika sudah kena 'bedsore' memang rumit penjagaannya.
Malah selepas mula mengenali beberapa orang sahabat yang sama-sama menjaga pesakit terlantar seperti saya, baru saya tahu rupanya bedsore ini tidak boleh dibuat main. Ada pesakit yang bukan meninggal dunia kerana penyakit mereka, tetapi kerana jangkitan yang terlalu teruk pada bedsore. Sebenarnya hari ni ada job amik gambar kahwin. Job partime aku dari dulu aku usahakan. Tak sangka plak dah lebih 5 tahun dalam bidang nie. Dulu mula-mula beli DSLR hanya suka-suka sebab suka tengok gambar-gambar DSLR sebab ada bokeh kat gambar.
Apa tu bokeh? Korang google la.
Bila berkawan dengan geng photographer dulu, mereka rekeman upgrade lens la. Upgrade body la. Dia orang memang suka meracun. Satu lagi tips yang mereka bagitahu, kalau nak upgrade elok la amik job kawin.
Untung amik gambar boleh la beli lens dan body baru. Jadi sejak itu amik gambar kawin ni dah jadi partime bisnes aku. Semakin better dan better tapi tak tahu sampai bila nak amik gambar. Rasa macam nak suruh orang lain shoot dan aku hanya edit dan buat album sahaja. Almaklum la faktor umur.